BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 21 Ogos 2009

NAK TAHU TAK????



Orang utan berperanan sebagai penyebar biji benih dengan sangat berkesan. Ini menyebabkan peningkatan pertumbuhan tumbuhan makanan dan ini akan mempengaruhi taburan haiwan liar. Secara evolusi, orang utan terbiasa hidup di kawasan hutan tropika lembap. Di Semenanjung Malaysia, proses penyahutanan yang begitu hebat berkemungkinan menyebabkan kepupusan orang utan.


PUNCA UTAMA PENGURANGAN POPULASI ORANG UTAN

§ Kemusnahan tempat tinggal

§ Kekurangan sumber makanan

§ Pengambilan orang utan untuk tujuan perdagangan

§ Kebakaran hutan

§ Ancaman semula jadi seperti gempa bumi, banjir dan letusan gunung berapi

§ Penyakit

§ Pemburuan


USAHA YANG DILAKUKAN OLEH SEBUAH

KAWASAN DI KINABATANGAN UNTUK

MENGURANGKAN SERANGAN ORANG UTAN

TERHADAP TANAMAN MANUSIA

§ Pembinaan satu penghalang pada batang pokok iaitu

sekeping zink dililitkan pada batang pokok tersebut.

§ Membina longkang besar disekeliling kawasan

pertanian.


Hari ini orang utan telah dimasukkan ke dalam senarai haiwan

terlindung sepenuhnya dalam lampiran 1A peraturan CITES

(Convention on International Trade of Endangered Species

of Flora and Fauna). Hal ini bererti orang utan tidak boleh

ditangkap atau dipelihara atau diperdagangkan, sama ada

dalam bentuk hidup atau sebagai sebahagian hasilnya.


Perundangan Ordinan Pemuliharaan Fauna 1963 telah

ditubuhkan di Sabah. Manakala, Ordinan Perlindungan

Hidupan Liar 1958 telah ditubuhkan di Sarawak. Selain itu,

usaha memelihara orang utan di beberapa kawasan

pemuliharaan dan perlindungan telah didirikan. Antaranya

adalah pusat pemuliharaan yang terletak di Sepilok

berdekatan dengan Bandar Sandakan, Sabah. Manakala,

di Sarawak, terdapat satu pusat pemuliharaan orang utan

di Semenggor, berdekatan Kuching.


Beberapa kawasan yang boleh memperlihatkan orang utan secara

semula jadi ialah:-

  • Pusat Rehabilitasi Semenggor, Sarawak, Malaysia
  • Sanktuari Hidupan Liar Lanjak Entimau, Sarawak, Malaysia
  • Taman Negara Batang Ai, Sarawak, Malaysia
  • Pusat Rehabilitasi Orang Utan Sepilok, Sabah, Malaysia
  • Kawasan Pemuliharaan Lembah Danun, Sabah, Malaysia
  • Rizab Hidupan Liar Tabin, Sabah, Malaysia
  • Rizab Hidupan Liar Kulamba, Sabah, Malaysia
  • Taman Banjaran Crocker, Sabah, Malaysia
  • Taman Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Sanktuari Hidupan Liar Kinabatangan, Sabah, Malaysia

Projek Pemuliharaan Orang Utan Kinabatangan(KOCP) yang diasaskan dengan bantuan kewangan daripada HUTAN telah berkhidmat sejak 4 tahun lalu. Semua staf KOCP terdiri daripada penduduk hilir Kinabatangan sendiri dengan diuruskan oleh dua orang ahli sains dari Perancis, iaitu Dr.Marc Ancrenaz dan Dr.Isabelle Lackmen-Ancrenaz.

Antara objektif utama KOCP ialah pemuliharaan orang utan di Kinabatangan secara khususnya dan di Sabah secara amnya. Ia juga turut melatih dan memberi pendedahan kepada penduduk setempat tentang pentingnya mengekalkan dan memulihara serta melindungi flora dan fauna kita.

Salah satu lagi cara terbaik bagi kita memastikan orang utan akan terus hidup dimuka bumi ini adalah dengan cara meningkatkan kesedaran awam tentang masalah yang dihadapi oleh orang utan.

Media massa boleh turut berperanan menyalurkan maklumat kepada masyarakat umum. Pihak swasta boleh mengkhususkan sebahagian pendapatan mereka untuk meningkatkan usaha kesedaran dan pendidikan awam tentang pemuliharaan orang hutan.

Sumber:

Orang Utan, Maryati Mohamed, Noraini Nasaruddin, 2003, Perpustakaan Negara Malaysia.

0 ulasan: