BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 30 Ogos 2009

INFO TERAKHIR..

Ni ada info terakhir dari kitorang. Info ni tak lain tak bukan adalah info orang utan. Info ni kitorang dapat dari Encik Junaidi iaitu Pegawai Zoo Negara. Antara info-info nye ialah:-




  • Orang utan bergerak secara perlahan dari satu pokok ke satu pokok dengan membuat ayunan. 
  • Manusia mudah membawa penyakit kepada orang utan seperti selesema, batuk, demam dan lain-lain
  • Orang utan tidak ubah seperti manusia kerana orang utan juga mudah mendapat stress.
  • Orang utan merupakan haiwan yang tidak bersosial atau suka menyendiri
  • Di Zoo Negara, hanya terdapat 11 ekor orang utan sahaja
  • Orang Utan tergolong dalam golongan omnivor walaupun ia makan serangga dan burung
  • Orang Utan makan makanan seperti manusia iaitu nasi, telu, buah dan lain-lain
  • Bayi orang utan akan berada dengan ibunya sampai bercerai susu
  • Lebih tebal 'pipi' orang utan jantan, lebih 'handsome'

 


Sabtu, 29 Ogos 2009

AKTIVITI KEENAM (KARYA PELAJAR)

Kelmarin, kitorang telah berjumpa dengan beberapa orang pelajar dari sekolah menengah yang berlainan yang berminat dan rela hati untuk menyertai program orang utan ini. Walaupun pada waktu cuti sekolah dan pada bulan pose, kitorang tetap mengagahkan diri untuk mencari pelajar2 tersebut. Kitorang mengarahkan mereka untuk menulis isi hati mereka terhadap orang utan dalam satu kertas A4. Diorang diberi masa sehari untuk menyiapkan tugasan tersebut. Keesokannya, sebelum subuh, kitorang pun berjumpalah dengan pelajar2 tu untuk mengambil tugasan2 yang telah kitorang berikan kepada diorang. Malang yang memang dah lama bau, ari tu, kitorang terlupa nak bawak kamera. So, gambar2 diorang tak delah kat sini. Yang ada hanyalah hasil2 tulisan diorang je... hehe... Sori ye...




Luahan hati Nurisha binti Abdullah, 13 tahun,
SMK Setapak Indah




Luahan hati Siti Zuliana binti Mohamed Noor,
15 tahun, SMK Taman Melati




Luahan hati M.Adib Imran bin M. Fazli,
14 tahun, SMK Danau Kota

Jumaat, 28 Ogos 2009

AKTIVITI KEEMPAT & KELIMA (KAD DAN TANDATANGAN)



Hai, rakan2 sekalian!!! Pekaba?? Berjumpe kite sekali lagi. Kali ni kitorang still lagi nak cite kan pasal aktiviti yang telah kitorang lakukan. Maklumlah untuk menanamkan semangat cintakan orang utan dalam diri setiap masyarakat, kita mestilah melakukan banyak aktiviti. Aktiviti yang kitorang lakukan pada hari ini ialah memberi dan menampalkan kad serta mengambil tandatangan dari orang awam. Kira-kira dalam pukul 11 pagi, kitorang telah pergi ke pangsapuri DBKL yang terletak di Gombak. Objektif kitorang pegi sana adalah untuk mendapatkan tandatangan dari penghuni-penghuni rumah flat itu. Penduduk2 di sana semuanya spoting2. Sebenarnya kitorang tak sangka yang kitorang dapat banyak sangat tandatangan. Tapi Alhamdullilah sebab penduduk2 kat flat tu menyokong kerja kitorang dan sekali gus dapat memberi sinar harapan kepada orang utan. TAHNIAH KEPADA PENDUDUK PANGSAPURI DBKL BLOK 22!!




Habis satu kertas A3 penuh dengan autograf 'artis2'



Alahai.. cik akak kite ni.. Semangat sangat nak tandatangan..



Uit.. Jauh menyepikan diri.. Touching ke..



Dinding rumah pun boleh jadi alas untuk tandatangan ek..



Pemuda bersemangat waja (setakat tandatangan je)



Mesti suka kena ambil autografkan.. Ala2 artis gitu..




Selepas kitorang amik tandatangan, kitorang pun buatlah tugas yang seterusnya iaitu menampal kad. Terdapat beberapa orang yang sudi menampal kad di pintu rumah mereka dan mengambil gambar bagi menyahut program Sinar Harapan Orang Utan. Cayala...



Inilah kad orang utan tu..



Senyumlah sikit... Macam nak tak nak je..



Apa yang bagus tu?? Orang utan atau gambar ni??



Senyumlah2.. Ahai cek mek molek.. Ewah...


Ala... Nak posing maut pula... Tak ke mananya gambar ni..


Selain dari menampal dan mengambil tandatangan, kitorang ada jugak menghantar kad2 tu di peti2 surat dan meletakkannya di beberapa bijik keta. Tak pasal2 ari tu kitorang dapat pekerjaan baru iaitu menjadi posmen yang tak pernah diiktiraf di seluruh dunia.




Salah seorang dari krew2 kami




Krew kami yang kedua (alamak tak nampak muka pula)



Suka ek korang buat kerja tu sampai senyum2 lagi



Krew kami yang ketiga



Dah lama buat kerja ni??


Begitulah serba sebanyak aktiviti yang telah kitorang lakukan pada hari ini. Walaupun last2 minit kitorang wat aktiviti ni tapi kitorang tetap enjoy demi untuk menyelamatkan orang utan. SINAR HARAPAN ORANG UTAN!! KAMI HARAPAN MEREKA!! Kitorang akan tetap mengupdatekan blog ni sebab banyak lagi aktiviti kitorang dah buat dan pengalaman2 yang kitorang kutip di tengah2 Lebuhraya Utara-Selatan. Key... Bye...





AKTIVITI KEDUA & KETIGA (PERTANDINGAN MEWARNA DAN TANDATANGAN)

Hai... Berjumpe lagi. Mesti korang tak jemu dengan kitorang kan?? Kalau tak takkan la korang lawat blog ni. Ari ni, kitorang nak cite pasal aktiviti kitorang yang kedua iaitu pertandingan mewarna. Pertandingan mewarna ni untuk budak2 je tau. Orang dewasa tidak digalakkan atau dalam perkataan lain tidak dibenarkan. Memandangkan kitorang wat aktiviti ni time cuti sekolah yakni semalam (27 Ogos), so kitorang terpaksa la cari rumah2 penjaga kanak2 yang berdekatan dengan rumah kitorang walaupun hujan lebat semalam. Walaupun kanak2 yang ada kat situ tak ramai tapi diorang ni bersungguh2 nak kaler. Tengoklah hasil2 kerja diorang yang diorang dah buat. Sungguh berseni... Kalah cikgu seni kitorang.



Tengoklah, tekun betul mewarna


Dik oh dik, kalau ye pun suka mewarna janganlah tundukkan muke tu




Warna cantik-cantik ye..



Warna-warna juga, posing jangan lupa



Hasil seni dari adik Amirul Mukhriz
bin Khairul Nizam, 6 tahun




Hasil seni dari adik Amira
Balqis binti Haslam, 5 tahun




Hasil seni dari adik Natasha Erisha
binti Emyl Azlan, 4 tahun




Hasil seni dari adik Haris Shah
Putra bin Khairul Nizam, 4 tahun



Selain itu, kitorang ada jugak mengambil tandatangan ibu bapa seramai 35 orang dari Tabika Kemas yang berhampiran pada hari Selasa, 18 Ogos yang lalu. Tandatangan mereka tanda sokongan mereka terhadap orang utan.




Maaflah kalau gambar di atas kurang jelas







Khamis, 27 Ogos 2009

AKTIVITI PERTAMA (ZOO NEGARA)


Pada 24 Ogos lepas, kitorang g Zoo Negara (ala dkat je ngan rumah kitorang). Kitorang g sana dlm awal2 pagi, pkul 10 kot.. Kawan kitorang (si Ain tembam) terpaksa tunggu kat zoo 15 minit awal (sape suruh die datang awal). Pastu kitorang beli tiket, bayaran die (pergh... mahal gler) tapi demi orang utan kitorang tutup mata jer bayar tiket tu.. Dahlah bau zoo tu 'harum' semerbak kasturi. Kalah bau perfume kitorang. First2 kitorang jalan2 cuci2 mata2 tgk3 haiwan2 lain. Kitorang tengok MR. G (zirafah la..). tinggi 2 (mane ada zirafah pendek)... comel plak 2 (comel ker??) time kitorang nak jalan menuju ke kandang gajah, kitorang terserempak dgn sekawan flamingo yang berkeliaran di sana. Cuak giler lalu kat flamingo2 tu... flamingo2 tu jeling2 kitorang tu.. tapi dengan berbekalkan iman di dada, kitorang langsung tak terpikat dengan jelingan tu. Hehe... Pastu, kitorang dpt tgk show dari superstar terkenal di zoo 2. Nama die Bud, si anjing laut. Die pandai gler... Kalah kami yang tengah on de way nak amik PMR. Mesti Bud dapat 8A kan?? Tapi die amik PMR ke?? Pelik3... Abis je show tu, kitorang g ke Education Department untuk berjumpe dgn salah seorang pegawai di Zoo Negara untuk menanyakan tentang orang utan dengan lebih mendalam lagi. Kitorang dapat berjumpa dengan Encik Junaidi atau nama femesnya Encik Adie. Kitorang menemu ramah En Adie dengan panjang lebar (sebenarnya x panjang pun). Cite punye cite punye cite, pujuk punye pujuk punye pujuk, akhirnya Encik Adie berkata yang kitorang x dpt brgambar dgn orang utan secara dekat sebab Encik Adie cakap ngan kitorang yang manusia ni boleh membawa penyakit kepada orang utan seperti selesema, batuk, demam, stress, n lain2 penyakit seperti manusia yang sakit. Touching gler kitorang dengar pasal 2.. Encik Adie ada juga cakap sesuatu yang penting. Katanya dengan nada suara yang garau, " Sesiapa yang ada tali guni, toy2 lama, dan tayar buruk, sila donatekan kepada zoo negara kerana mereka amat memerlukannya. Sekian, time kasihhh (macam alleycat)". Abis je temuramah tu, kitorang pun melawat la orang utan di Sanctuary Walk. Ade seekor orang utan tu tido je.. Tak semayang2 walaupun dah masuk waktu Zohor. Ade lagi sekor tu, malu2 penguin plak. Asik tutup muke die dengan guni jer.. Lepas dah puas tgk orang utan tu, kitorang pun balik r... Time balik tu ade pakcik teksi yang lepak2 kat luar zoo tu menyanyi2. Nasib baik tak ujan. Key r kitorang out dulu. Kat bawah ni ade gambar yang kitorang amik. Enjoy ek..






Di bilik temuramah




Krew-krew Luvorangutan



Encik Junaidi, Pegawai yang ditemuramah





Seekor orang utan yang berada di belakang salah seorang krew kami

Selasa, 25 Ogos 2009

KENANGAN..





Hai korg..kali ni, kitaorg ingin berkongsi kenangan & pengalaman yang kami peroleh selama mencipta blog ini..kehidupan d dalam kelas & luar kelas tidak lah sama seperti yang anda bayangkan..ini merupakan kali pertama kami berempat bekerjasama sbg 1 kumpulan..tumbuk2, gadoh2, tengkar sana-sini, iri hati n msm2 muke x prnh berlaku antara kitaorg..ade yang degil, ade yg garang, ade yang 'aku ikut je' n ade yang 'cool' je..sememangnya amat menarik bg kami untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi..PENGALAMAN..banyak sangat..boleh kira dgn caculator..kitaorng x prnh d beri pendedahan tntg orang utan sebelum2 nie..bla kitaorang thu, wau!!..sebenarnye pengathuan kitaorg nie blum cukup lg n x kn cukup pnye..bla korg tgk blog nie, jgn la lpe peranan kita sbg manusia yang membangun dan memusnahkan alam semulajadi nie..orang2 utan dan haiwan2 lain memerlukan prihatin kita shj trhadap haiwan2 ini..mereka tak akan mengganggu kita kalau kita yang mengganggu mereka..smpai sini sahaja, bye2 korang.. ;]





Ahad, 23 Ogos 2009

SUATU CERITA




****sambungan****

Pada suatu malam, seekor orang utan bernama Balau datang menemui Puan Atunah. "Pokok
tanaman orang di ladang baru itu sudah cukup besar untuk kita makan. Marilah kita ke sana,"
ajaknya.
"Kau pergilah. Aku akan cari makanan di sini sahaja." Puan Atunah menolak.
Balau pergi membawa anak-anaknya serta anak-anak muda orang utan yang pantang diajak itu. Tiga malam berturut-turut mereka berkenduri makan tanaman penduduk kampung baharu itu. Bila balik mereka tidur berdengkur kekenyangan.
Akan tetapi para peladang tidak senang melihat tanaman mereka tidak bersisa. Satu pakatan dibuat untuk menghalau orang utan-orang utan itu dari perkampungan mereka. Pada malam keempat, ketibaan Balau dan anak-anak buahnya disambut dengan golok, lastik, gendang periuk dan kuali serta tembakan senapang.
Semua orang utan lari lintang-pukang balik ke dalam hutan dengan perut lapar.
"Aduh! Aku kena tembak di paha" Kos, bapa orang utan yang pendiam tapi berbadan besar dan tegap mengerang kesakitan. Apabila tiba di tempat perlindungan, baru dia terasa sakit.
Puan Atunah dan orang utan-orang utan lain berkerumun. Manusia sudah mencederakan kawan mereka. Mereka mesti membalasnya.
Menjelang senja, Puan Atunah mengumpul semua anak muda yang kuat dan berani dan orang-orang tua yang lain untuk berjuang bersama.
Dengan perasaan dendam dan marah, Puan Atunah mengepalai peperangan itu. Ia berlari masuk ke dalam ladang yang masih menghijau dengan tanaman itu lalu melanyak apa sahaja yang ada di hadapannya dengan sepuas-puas hati.
Mana-mana manusia yang tidak melarikan diri, dihambatnya sama.
Tiba-tiba, Puan Atunah terdengar sutu jeritan. Jeritan itu datangnya dari arah Kos. Puan Atunah berlari ke arah Kos yang sedang hendak menggigit seorang manusia.
"Kos, berhenti!" Seru Puan Atunah dalam jarak beberapa depa sebelum dia tiba dekat dengan orang yang sedang kesakitan itu.
"Aku mahu bunuh dia!" Kos menjerit marah.
"Nanti. Aku kenal orang ini. Dia pernah menyelamatkan aku ketika aku masih kecil dahulu. Jangan apa-apakan dia lagi! Mari balik ke dalam hutan!" Puan Atunah mengajak Kos serta orang utan-orang utan lain meninggalkan tempat itu.
"Aku harap orang itu tidak cedera parah kau gigit," kata Puan Atunah perlahan dengan suara sedih sebaik tiba di tempat perlindungan.
"Aku gigit kakinya sedikit, itu pun dia sudah menjerit." Balas Kos dengan rasa puas.
"Kenapa kau gigit kakinya? Tidak pijak perutnya?" Balau pula menyampuk.
"Sebab dia tembak kakiku!" jawab Kos sambil mengangkat kaki belakangnya yang hanya luka sedikit dan mulai sembuh itu.

SUATU CERITA


Puan Atunah sedang berehat di atas sebatang pokok di tepi tasik. Ia senang duduk di pokok itu sambil memerhatikan anaknya bermain-main di bawah. Ia membiarkan anaknya bermain sepuas-puasnya.

Tiba-tiba bunyi jentera berdesing-desing sampai ke telinganya. Puan Atunah terkejut. Ia segera bangun. Bahaya, fikirnya.
"Naik! Cepat naik! Kita dalam bahaya!" Puan Atunah menjerit nyaring. Dia memanggil anaknya yang sedang asyik bermain di bawah pokok itu. Tetapi anaknya tidak mendengar jeritannya.
Bunyi jentera semakin nyaring dan jelas. Hati Puan Atunah semakin bimbang. Ia tidak sabar menunggu anaknya naik. Dengan pantas Puan Atunah turun dari pokok itu untuk menghalau anaknya naik.
Berbulan-bulan bunyi yang menakutkan itu menganggu pendengaran dan perasaan orang utan-orang utan itu. Puan Atunah bimbang kalau-kalau anaknya pergi ke arah bunyi tersebut.
Jika anaknya pergi bermain-main berhampiran dengan bunyi itu, manusia akan menangkapnya.
"Dengar sini Bobo." Puan Atunah menasihati anaknya. "Kamu jangan bermain jauh dari ibu. Jangan bergayut atau berjalan jauh sendirian."
"Kenapa ibu? Tak seronoklah kalau tidak boleh bermain." Kata anak orang utan yang comel itu.
"Kau boleh bermain, tapi jangan jauh dari ibu atau dari rakan-rakan ibu yang lain."
"Ibu takut Bobo sesat?"
"Bukan, tapi ibu takut kau ditangkap orang."
"Dengar tu, dengar." Ibu gajah menggaru-garu badannya. "Kau dengar bunyi yang berdesing-desing itu?"
"Bunyi apa itu ibu?" Bobo mendekati ibunya apabila mendegar bunyi yang menakutkan itu.
"Itulah bunyi jentera yang digunakan oleh manusia untuk membuat sesuatu kerja berat. Jentera itu tidak akan berbunyi jika ada manusia yang menghidupkannya."
Sebaik habis ibu orang utan bercakap kedengaran bunyi bergegar pohon besar tumbang.
"Bunyi apa pula itu ibu?" Bobo bertanya.
"Pokok tumbang." Ibu gajah kelihatan cemas. "Kamu duduk di sini, jangan ke mana-mana. Ibu hendak memanggil kawan-kawan membincangkan masalah ini."
Bobo duduk seperti yang disuruh oleh ibunya. Sambil duduk dia melihat ibunya berjalan pantas keluar dari tempat persembunyian.
Puan Atunah menjerit, "Aaauuukkk! Aaauuk! Aaauuuk!"
Tidak lama kemudian semua orang utan yang dewasa berkumpul dekat Puan Atunah.
"Kawan-kawan semua!" Puan Atunah memulakan ucapan. "Kita sekarang dalam bahaya. Manusia sudah datang menebang pohon yang selama ini menjadi tempat kita berlindung. Dengarlah bunyi jentera penebang yang semakin hari semakin nyaring itu!" Puan Atunah menunjuk ke arah yang dimaksudkan.
Suasana bising seketika. Setiap orang utan berasa bertanggungjawab melindungi keluarga masing-masing.
"Jadi, apa yang harus kita lakukan Atunah?" Seekor gajah jantan bertanya. "Kita tentu tidak dapat menghalang manusia daripada meneruskan cita-citanya." Sambungnya lagi sambil tunduk berfikir.
"Betul. Betul." Beberapa ekor orang utan muda yang tegap sasa mengangguk. "Kita dalam bahaya, tapi kita tidak boleh menghalang manusia menebang pokok-pokok itu."
"Aku rasa manusia hendak menanam pokok kelapa sawit, koko atau pokok getah bagi tujuan pembangunan seperti yang kita lihat di kawasan utara dahulu!" Seekor ibu orang utan lain menyampuk.
"Beginilah." Puan Atunah memberi cadangan. "Pertama kita mesti mencari tempat perlindungan supaya anak-anak kita semua selamat. Lepas itu, kita makan tanaman mereka."
"Setuju!" Beberapa ekor orang utan menyokong cadangan Puan Atunah sambil menepuk-nepuk tangan.
"Mari jangan buang masa! Mari kita mencari tempat perlindungan baru. Kita selamatkan anak-anak dan keluarga kita!" Puan Atunah mengepalai perpindahan.

****bersambung****

Jumaat, 21 Ogos 2009

NAK TAHU TAK????



Orang utan berperanan sebagai penyebar biji benih dengan sangat berkesan. Ini menyebabkan peningkatan pertumbuhan tumbuhan makanan dan ini akan mempengaruhi taburan haiwan liar. Secara evolusi, orang utan terbiasa hidup di kawasan hutan tropika lembap. Di Semenanjung Malaysia, proses penyahutanan yang begitu hebat berkemungkinan menyebabkan kepupusan orang utan.


PUNCA UTAMA PENGURANGAN POPULASI ORANG UTAN

§ Kemusnahan tempat tinggal

§ Kekurangan sumber makanan

§ Pengambilan orang utan untuk tujuan perdagangan

§ Kebakaran hutan

§ Ancaman semula jadi seperti gempa bumi, banjir dan letusan gunung berapi

§ Penyakit

§ Pemburuan


USAHA YANG DILAKUKAN OLEH SEBUAH

KAWASAN DI KINABATANGAN UNTUK

MENGURANGKAN SERANGAN ORANG UTAN

TERHADAP TANAMAN MANUSIA

§ Pembinaan satu penghalang pada batang pokok iaitu

sekeping zink dililitkan pada batang pokok tersebut.

§ Membina longkang besar disekeliling kawasan

pertanian.


Hari ini orang utan telah dimasukkan ke dalam senarai haiwan

terlindung sepenuhnya dalam lampiran 1A peraturan CITES

(Convention on International Trade of Endangered Species

of Flora and Fauna). Hal ini bererti orang utan tidak boleh

ditangkap atau dipelihara atau diperdagangkan, sama ada

dalam bentuk hidup atau sebagai sebahagian hasilnya.


Perundangan Ordinan Pemuliharaan Fauna 1963 telah

ditubuhkan di Sabah. Manakala, Ordinan Perlindungan

Hidupan Liar 1958 telah ditubuhkan di Sarawak. Selain itu,

usaha memelihara orang utan di beberapa kawasan

pemuliharaan dan perlindungan telah didirikan. Antaranya

adalah pusat pemuliharaan yang terletak di Sepilok

berdekatan dengan Bandar Sandakan, Sabah. Manakala,

di Sarawak, terdapat satu pusat pemuliharaan orang utan

di Semenggor, berdekatan Kuching.


Beberapa kawasan yang boleh memperlihatkan orang utan secara

semula jadi ialah:-

  • Pusat Rehabilitasi Semenggor, Sarawak, Malaysia
  • Sanktuari Hidupan Liar Lanjak Entimau, Sarawak, Malaysia
  • Taman Negara Batang Ai, Sarawak, Malaysia
  • Pusat Rehabilitasi Orang Utan Sepilok, Sabah, Malaysia
  • Kawasan Pemuliharaan Lembah Danun, Sabah, Malaysia
  • Rizab Hidupan Liar Tabin, Sabah, Malaysia
  • Rizab Hidupan Liar Kulamba, Sabah, Malaysia
  • Taman Banjaran Crocker, Sabah, Malaysia
  • Taman Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Sanktuari Hidupan Liar Kinabatangan, Sabah, Malaysia

Projek Pemuliharaan Orang Utan Kinabatangan(KOCP) yang diasaskan dengan bantuan kewangan daripada HUTAN telah berkhidmat sejak 4 tahun lalu. Semua staf KOCP terdiri daripada penduduk hilir Kinabatangan sendiri dengan diuruskan oleh dua orang ahli sains dari Perancis, iaitu Dr.Marc Ancrenaz dan Dr.Isabelle Lackmen-Ancrenaz.

Antara objektif utama KOCP ialah pemuliharaan orang utan di Kinabatangan secara khususnya dan di Sabah secara amnya. Ia juga turut melatih dan memberi pendedahan kepada penduduk setempat tentang pentingnya mengekalkan dan memulihara serta melindungi flora dan fauna kita.

Salah satu lagi cara terbaik bagi kita memastikan orang utan akan terus hidup dimuka bumi ini adalah dengan cara meningkatkan kesedaran awam tentang masalah yang dihadapi oleh orang utan.

Media massa boleh turut berperanan menyalurkan maklumat kepada masyarakat umum. Pihak swasta boleh mengkhususkan sebahagian pendapatan mereka untuk meningkatkan usaha kesedaran dan pendidikan awam tentang pemuliharaan orang hutan.

Sumber:

Orang Utan, Maryati Mohamed, Noraini Nasaruddin, 2003, Perpustakaan Negara Malaysia.

Khamis, 20 Ogos 2009

WAH, PETA ORANG UTAN!!!!

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak cari peta ni walaupun dah berapa jam mengadap komputer. Ini merupakan salah satu dari lokasi pemeliharaan orang utan.






Tengok-tengok jugak peta ni tapi jangan lupa orang utan perlu diselamatkan. Ingatlah kita harapan mereka. Mereka perlu hidup tanpa rasa terancam. Save our orangutan!!!!


SUMBER:
www.bahasa.net/online/ modules/12_orang_utan/2.htm








APA ITU ORANG UTAN?????





ORANG UTAN


Orang utan berasal daripada istilah orang hutan yang membayangkan rupa bentuk haiwan yang menyerupai manusia, tetapi hidup di dalam hutan dan juga merupakan haiwan mamalia. Mengikut kajian, orang utan sangat pintar kerana mempunyai 97% DNA manusia. Ini terbukti apabila orang utan telah dijumpai mendayung sampan dan ianya bukan di zoo. Selain itu, mereka juga boleh membuat buaian di udara serta pandai menggunakan peralatan untuk membuat sesuatu seperti sudu dan garpu.

Di Malaysia, orang utan boleh dijumpai di bahagian timur dan tengah Sabah. Ini kerana, pada zaman dahulu, taburan orang utan lebih merata kerana terdapat kawasan hutan yang lebih meluas. Sebagai contoh, di Sarawak terdapat fosil orang utan di Gua Niah, tetapi kini orang utan tidak boleh di temui di kawasan itu lagi kerana kawasan hutan sangat berkurangan.

Pada asalnya, orang utan di beri nama Simia Satyrus. Selepas itu, ianya di tukar kepada Pongo pygmaeus. Orang utan biasanya tinggal di hutan bakau. Boleh dikatakan orang utan tidak akan dijumpai di dalam hutan berhampiran pergunungan yang melebihi 1400 m di atas aras laut.


PERSAMAAN ANTARA ORANG UTAN DAN MANUSIA

Bagi orang utan dewasa, ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1.5 m. Apabila orang utan berdiri, ketinggiannya hampir sama dengan ketinggian orang dewasa. Tambahan pula, Orang utan juga mempunyai persamaan dengan manusia dari segi fizikalnya iaitu kedudukan matanya yang menghala ke hadapan dan tergolong dalam haiwan yang beranak dan menyusukan anak. Walau bagaimanapun, bulu lebat yang menyelaputi tubuhnya dari kepala hingga ke kaki dan tangannya yang panjang, tentu sekali menjadi sifat yang membezakannya daripada manusia. Selain itu, gigi orang utan serupa dengan gigi manusia. Ia mempunyai dua set gigi, iaitu gigi kekal dan gigi susu. Penglihatan orang utan serupa dengan manusia iaitu stereoskopik.


CIRI-CIRI ORANG UTAN

Ciri-ciri orang utan adalah seperti berikut:

* Otak yang relatif besar

* Mata yang berkedudukan menghadap ke hadapan

* Bulu yang menutupi seluruh tubuh

* Jari-jari yang berkuku

* Tidak mempunyai ekor

* Menggunakan kaki dan tangan untuk menggenggam


KELAKUAN ORANG UTAN

Kelakuan orang utan dari segi pergerakan adalah berjalan dengan dua kaki sahaja terutamanya yang lama dalam kurungan. Tetapi, dalam keadaan semula jadi, orang utan boleh berjalan dengan empat anggota tubuhnya.

Dari segi makanan, orang utan menggemari buah ara dan durian. Orang utan juga memakan buah-buahan yang lain. Ada juga dilaporkan bahawa orang utan memakan serangga seperti anai-anai. Oleh kerana, orang utan gemar memakan buah-buahan, mereka disenaraikan dalam kumpulan haiwan frugivorus. Tambahan pula, untuk memastikan kesihatan orang utan, mereka diberikan susu dan vitamin.


PEMBIAKAN DAN PERTUMBUHAN

Orang utan betina akan mencapai kematangan secara seksual paling awal apabila berumur 5 tahun dan paling lewat ketika berumur 7 hingga 8 tahun. Orang utan jantan pula mencapai kematangan apabila berumur antara 13 hingga 15 tahun.

Dari aspek pertumbuhan, orang utan dianggap remaja apabila mencapai umur 7 tahun. Orang utan betina remaja pula mencapai kematangan seksual sama seperti orang utan jantan dan mungkin melahirkan anak pada umur 8 tahun.

Orang utan betina akan menjalani tempoh bunting selama 227 hingga 301 hari. Pada waktu ini, perut orang utan betina akan membesar dan puting susunya akan membengkak. Oleh sebab bentuk badannya menyerupai manusia, orang utan betina juga diperhatikan mempunyai masalah membawa perut yang besar, dan sering kali menukar kedudukan badannya untuk mendapat keselesaan semasa berehat.

Tempoh kelahiran orang utan yang direkodkan adalah selama 1 hingga 4 jam. Anak orang utan yang baru lahir kelihatan sangat lemah, dengan bulu yang agak jarang-jarang dan berwarna merah pudar. Sewaktu lahir, berat orang utan adalah lebih kurang 1.5 kg.

Jarak diantara kelahiran pertama dengan kelahiran kedua adalah bervariasi, iaitu 3 hingga 8 tahun. Kadar pembiakan orang utan dikatakan paling lambat dikalangan haiwan mamalia. Hal ini juga merupakan satu faktor yang mengancam kamandirian populasi orang utan. Bagi seekor orang utan betina dalam kurungan, satu rekod menopaus atau putus haid yang pernah dicatat adalah pada umur 48 tahun. Rekod terpanjang tempoh hayat ialah 59 tahun bagi seekor orang utan.


Sumber:
Orang Utan, Maryati Mohamed, Noraini Nasaruddin, 2003, Perpustakaan Negara Malaysia
.

SALAM PERKENALAN




Hai... Salam perkenalan.. Blog yang anda lawat kini adalah blog yang hanya terpampang pasal orang utan. Segala aktiviti, fakta dan apa2 lagi tentang orang utan ada di blog ini. Memandangkan ini hanyalah blog, jadi kitorang tak nak r guna bahasa skema sangat. So, harap anda semua sedia maklum tentang semua ini. Di sini kitorang nak bagi tau yang krew2 kitorang terdiri daripada 4 orang. Inila kali pertama kitorang wat blog. So, kalau rase tak cantik @ nak puji tinggi melangit pun kitorang tak kisah. Kitorang just nak menghappykan korang je.. Harap korang suke dan lawatlah blog ni selalu. Bye...